Wahab buat laporan, sahkan Mr. H dalang isu tular video perbualan

Wahab buat laporan, sahkan Mr. H dalang isu tular video perbualan lucah

ABDUL Wahab Abdul Kadir Jilani (kiri) bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman ketika keluar selepas membuat laporan dan memberi keterangan berhubung klip video perbualan lucah dirinya dengan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk D.r Mohammad Agus Yusoff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani hadir sebagai pengadu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang berhubung dalang utama yang cuba menjatuhkannya.

Peguamnya, Faizal Rahman berkata, aduan yang dibuat pada hari ini adalah lebih tertumpu kepada Mr. H dan perkara-perkara tambahan lain.

Katanya, kes yang diadukan sama seperti sebelum ini, cuma skop soalan bagi siasatan aduan adalah lebih luas termasuk berkaitan dengan sebelum dan selepas keberadaan beliau dalam J-Kom.

“Yang pertama, kita buat laporan pasal  Mr. H dan  datang ke balai pada hari ini sebagai pengadu dan siasatan meliputi video dan perkara-perkara tambahan yang lain yang mana kita memberikan kerjasama, semestinya proses tadi lebih lama daripada semalam,” katanya.

“Aduan yang dibuat selesai sepenuhnya pada pukul 5 petang semalam yang mana Abdul Wahab mengambil masa selama 4 jam untuk menyerah segala butiran kepada Jabatan Penyisaatan IDP Kajang,” katanya kepada pemberita.

Apabila ditanya untuk mendedahkan identiti siapakah Mr. H yang dimaksudkan, peguamnya berkata, beliau dan anak guamnya menyerahkan kepada pihak polis untuk mendedahkan individu tersebut.

“Sebelum ini, semasa sidang akhbar pada 17 haribulan (November),  Encik Wahab ada mengatakan nama beberapa individu  yang turut terbabit, tapi selepas kita meneliti fakta, hanya Mr. H seorang sahaja sebenarnya dalang di sebalik perkara ini,” jelasnya.

Katanya, kes bagi aduan tersebut akan diambil oleh pegawai penyiasat IPD Kajang sendiri.

Tambahnya,  kertas siasatan akan diberikan kepada Jabatan Peguam Negara dan kita akan nantikan untuk tindakan yang lanjut, pada hari esok.

 “Sebagai peguam bagi kes ini,  saya berharap agar satu penyelesaian  dapat dicapai, berikutan perkara ini memberi nama buruk kepada pihak yang sebenarnya tidak terlibat pada peringkat awal,” katanya.

Sementara itu, Abdul Wahab apabila ditanya  mengenai keadaan selepas kontroversi video perbualannya bersama dengan Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff, dia mengakui mengalami tekanan dan trauma.

“Saya buat ini (aduan) pun sebab nak membersihkan nama dan menuntut keadilan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau juga masih tidak pasti dengan status pekerjaannya di J-Kom.

Sebelum ini,  Abdul Wahab dilaporkan sedang menerima rawatan berikutan mengalami masalah kemurungan yang melampau.

Menurut peguamnya, sebelum ini, tahap kesihatan anak guamnya itu  masih tidak stabil dan bergantung kepada ubat-ubatan.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang media mendakwa tindakannya merakam video yang mengandungi perbualan berunsur lucah bersama Ketua Pengarah J-Kom, didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr H. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya