Video ‘Melayu malas’, polis terima 14 laporan

Video ‘Melayu malas’, polis terima 14 laporan

TANGKAP layar video tular seorang wanita yang mengaku dirinya berasal dari Kemboja dan mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 14 laporan polis diterima melibatkan video tular seorang wanita yang mengaku dirinya berasal dari Kemboja dan mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Beliau berkata, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Pada 19 November 2023, terkesan sebuah video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik oleh pemilik akaun media sosial TikTok yang memaparkan seorang perempuan Kemboja telah mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu, yang mengatakan ‘Melayu malas’.

“Sehingga kini, pihak polis telah menerima sejumlah 14 laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak.

“Kes juga turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, tindakan seorang wanita yang mengaku dirinya berketurunan Kemboja menyatakan orang Melayu pemalas menerima kecaman daripada pengguna laman sosial terutamanya di TikTok.

Video dirakam seorang lelaki itu menunjukkan wanita itu sedang mengadakan penstriman langsung dalam sebuah gedung pakaian muslimah.

Difahamkan, wanita itu merupakan seorang pemilik gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya