Ustaz Hafiz dilihat tinggalkan lokasi didakwa hilang

Ustaz Hafiz dilihat tinggalkan lokasi didakwa hilang

MOHD HAFIZ JASMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis menemui petunjuk baharu berhubung kehilangan guru Pendidikan Islam sebuah sekolah rendah, Mohd. Hafiz Jasmi, 38, di kawasan peranginan Sungai Sedim, Kulim sejak 8 November lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, hasil maklumat seorang saksi di tempat kejadian mendapati lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Ustaz Hafiz dipercayai sudah meninggalkan kawasan berkenaan pada hari dia dilaporkan hilang.

“Pada hari kelima selepas kehilangannya dilaporkan, kita menemui petunjuk bahawa bahawa orang hilang ini masih hidup dan kita hentikan pencarian di Sedim seterusnya buka maklumat kepada orang awam sekiranya ada apa-apa maklumat.

“Ada saksi nampak dengan jelas dia (Mohd Hafiz) beredar dari tempat kejadian dengan sebuah kenderaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan pencarian di kawasan tersebut kerana dikhuatiri mendatangkan insiden yang tidak diingini terutama ketika musim tengkujuh ini.

“Operasi polis ditamatkan selepas lima hari SAR di kawasan berkenaan selepas kita menemui petunjuk tersebut. Namun kita dapati masih ada pihak tertentu yang menjadikan operasi secara persendirian dan kita menasihatkan agar mereka menghentikannya.

“Kita tidak mahu nanti kita terpaksa mencari orang lain pula. Sebarang aktiviti di kawasan itu sebenarnya memerlukan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan. Kawasan itu pun sebenarnya sudah ditutup ketika ini,” katanya.

Katanya, polis mempercayai tidak ada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan ia diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Kereta miliknya yang ditemui juga dalam keadaan elok dan tiada pecah masuk. Jadi kita klasifikasikan kes ini sebagai orang hilang,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya