USANITA, Kementerian Indonesia teroka kerjasama usahawanan

USANITA, Kementerian Indonesia teroka kerjasama keusahawanan

ADZLINA Hasan berbincang dengan Teten Masduki ketika kunjungan hormat di Jakarta semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: USANITA Sdn. Bhd. serta Kementerian Koperasi, Usaha Kecil dan Menengah Indonesia meneroka kerjasama dalam bidang keusahawanan.

Ia selepas delegasi usahawan wanita Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke atas Menterinya, Teten Masduki di pejabatnya di Jakarta, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzliana Hasan berkata, pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuk program ‘Bridge to Brilliance’ yang dianjurkan oleh pihaknya.

“Bapak Teten telah mendengar dan menyambut baik konsep program Bridge to Brilliance yang dibentangkan oleh kami.

“Beliau melihat pelaksanaan program ini merupakan satu bentuk kerjasama yang baik memandangkan Indonesia juga sangat giat membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negaranya.

“Program ini merupakan satu usaha untuk menghubungkan Usahawan-usahawan Kecil dan Menengah (UKM) di Indonesia; kalau di Malaysia kita panggil Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Adzliana berkata, usahawan daripada kedua-dua negara akan bersama-sama berkongsi idea digital, pengurusan masyarakat tanpa tunai serta peluasan pasaran dalam program padanan itu.

Katanya, kelebihan Indonesia adalah mereka mempunyai kekayaan sumber semula jadi serta populasi rakyat yang besar.

“Saya dan Bapak Teten berkongsi hasrat yang sama. Kami ingin melihat Malaysia dan Indonesia berganding bahu dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat antara dua negara di rantau Asean ini.

“Pertemuan ini telah mencapai matlamat USANITA untuk menjalinkan kerjasama dengan Indonesia dalam membangunkan usahawan di kedua-dua negara,” katanya.

Tambahnya, USANITA turut dijemput untuk hadir pada Program Rasmi Usahawan Indonesia pada 28 November depan yang akan melibatkan lebih 120 pemain industri pemula.

Untuk rekod, jumlah usahawan wanita di Indonesia mencapai 14 peratus daripada populasi Indonesia, berdasarkan Global Entrepreneurship Monitor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya