Usahawan disyaki bunuh rakan kongsi direman tujuh hari

Usahawan tudung disyaki bunuh rakan kongsi direman tujuh hari

SEORANG usahawan tudung (tengah) yang dituduh membunuh rakan kongsinya dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Marang, di Marang, Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang usahawan tudung dan pakaian bersama suaminya ditahan reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Batu 23, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu, kelmarin.

Perintah tahanan reman ke atas pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 37 dan 35 tahun itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret di sini.

Mereka disiasat mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Penahanan suami usahawan tudung dan pakaian itu yang merupakan seorang mekanik bagi membantu siasatan kerana kereta Honda Jazz disyaki digunakan dalam kejadian langgar lari mangsa, adalah miliknya.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, seorang wanita disyaki melanggar dan menikam mati mangsa yang merupakan rakan kongsinya.

Mayat mangsa yang merupakan pesara kerajaan ditemukan di dalam longkang berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal percaya insiden bermotifkan rasa tidak puas hati suspek wanita berhubung agihan keuntungan perniagaaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN