Usahawan bunuh rakan kongsi direman 7 hari - Utusan Malaysia

Usahawan bunuh rakan kongsi direman 7 hari

SEORANG usahawan tudung (dua dari kiri) yang dituduh membunuh rakan kongsinya dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Marang, di Marang, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang usahawan tudung dan pakaian bersama suaminya direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membunuh seorang wanita warga emas di Batu 23, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Terdahulu pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 37 dan 35 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada kira-kira pukul 10 pagi.

Mereka disiasat mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Penahanan suami usahawan tudung dan pakaian itu yang merupakan seorang mekanik bagi membantu siasatan kerana kereta Honda Jazz disyaki digunakan dalam kejadian langgar lari mangsa merupakan miliknya.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, seorang wanita disyaki melanggar dan menikam mati mangsa yang merupakan rakan kongsinya.

Mayat mangsa yang merupakan pesara kerajaan ditemuikan di dalam longkang berhampiran Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal percaya insiden bermotifkan rasa tidak puas hati suspek wanita berhubung agihan keuntungan perniagaaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya