UMS sasar tanam 200,000 pokok menjelang 2025

UMS sasar tanam 200,000 pokok menjelang 2025

PELAJAR yang terlibat dalam aktiviti menanam pokok di UMS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) menganjurkan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa bagi meningkatkan keseda­ran masyarakat pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, Sambutan Hari Hutan Antarabangsa tersebut merupakan program tahunan yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Ia bermula pada tahun 2012 dan disambut pada setiap 21 Mac oleh 20 buah negara di seluruh dunia.

“Program tersebut bertujuan untuk menyedarkan seluruh masyarakat mengenai kepentingan perhutanan, pemeliharaan dan pemuliharaannya untuk kesejahte­raan dan kestabilan alam sekitar,” katanya.
Kasim berkata, pada dambutan kali ini, tema pilihan yang diambil adalah ‘Hutan dan Kesihatan, bertepatan dengan kehendak dan aspirasi rakyat terhadap peranan hutan serta kepentingan hutan yang memberi

kita banyak manfaat kepada kesihatan kita.

“Oleh itu, sempena Hari Hutan Antarabangsa pada hari ini, kita menyasarkan untuk menanam sebanyak 200 pokok,” ujarnya dalam majlis perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa, di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, bagi mencapai sasaran UMS iaitu 200,000 pokok sehingga tahun 2025, beberapa aktiviti akan dite­ruskan.

“Pada hari ini, semua pelajar baharu tahun satu FPT seramai 160 akan menanam satu pokok satu pelajar dan akan dinamakan sebagai MYTREE.

“Di samping aktiviti menanam pokok, pelbagai aktiviti telah disusun antaranya Syarahan Perdana Profesor Adjung, Perkongsian Ilmu oleh Rakan Strategik dan aktiviti-aktiviti menarik melibatkan pelbagai peringkat umur,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya