UEM Edgenta, Mudah Healthcare anjur 'Sihat Edgenta 2023' 

UEM Edgenta, Mudah Healthcare anjur ‘Sihat Edgenta 2023’ 

DR. KANTHA RASALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mudah Healthcare Sdn. Bhd. dan UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) menjalinkan kerjasama menerusi penganjuran program ‘Sihat Edgenta 2023’.

Pengarah Urusan Mudah Healthcare Sdn. Bhd., Datuk Dr. Kantha Rasalingam berkata, program selama dua hari bermula kelmarin diadakan bagi memupuk kesedaran kesihatan dan kesejahteraan  pekerja serta organisasi.

Selain itu katanya, ia memberi peluang kepada kakitangan sesebuah organisasi melakukan pemeriksaan yang komprehensif dan menyeluruh terutama perkara berkaitan penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Program ‘Sihat Edgenta 2023’ menggabungkan siri inisiatif kesihatan dan kesejahteraan termasuk kempen kesedaran dan ceramah kesihatan yang bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan pekerja UEM Edgenta.

“Malah dengan program sebegini, ia turut memberi faedah kepada pekerja dalam memastikan kesihatan mereka berada pada tahap terbaik sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan pekerja dan memberikan kesan positif untuk kehidupan serta kerjaya mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr. Kantha berkata, penganjuran program sedemikian turut membuka peluang kepada pihaknya untuk memperkenalkan konsep baharu kiosk kesihatan terkini dengan dilengkapi dengan teknologi pemantauan kesihatan yang canggih.

“Kiosk kesihatan ini yang dinamakan sebagai Sihat Express boleh diletakkan di mana-mana organisasi.

“Pekerja boleh memeriksa tekanan darah dan tanda vital di kiosk ini tanpa perlu ke klinik atau hospital.Teknologi sebegini dapat menjamin dan memastikan kesihatan pekerja berada pada tahap terbaik,” ujarnya.

Tambah Dr. Kantha, menerusi kiosk tersebut, pihaknya memberi fokus bagi memberi kesedaran terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya