CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Israel berbohong mengenai kematian 1,400 rakyatnya dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Menurutnya, beliau tidak nampak sebarang bukti mengaitkan serangan itu, sebaliknya Israel menghukum Palestin dengan serangan balas yang menyebabkan 11,000 nyawa rakyat Palestin melayang.
“Tindakan Israel itu seperti meniru rakan sekutunya, Amerika Syarikat yang berbohong mengenai kewujudan senjata pemusnah besar-besaran di Iraq bagi mewajarkan serangan ke atas negara itu.
“Kita dapat lihat pembunuhan rakyat Palestin dengan bukti pembunuhan dan kemusnahan melalui media massa, tetapi kita tidak pernah lihat 1,400 rakyat Israel terbunuh seperti didakwa.
“Adakah kita lihat rumah Israel runtuh sehingga 1,400 terbunuh? Saya tak tahu sama ada orang lain nampak atau tidak tetapi saya belum nampak seekor orang Israel pun yang dibunuh,” katanya pada siri Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Palestin: Apa perlu dilakukan? yang turut menampilkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, di sini hari ini.
Katanya, tindakan Israel itu memperlihatkan pemimpin negara itu mempunyai kejahatan luar biasa.
Dr. Mahathir berkata, media kononnya digambarkan 25 askar Israel terbunuh dalam serangan Hamas, namun ia tidak pernah dipaparkan oleh media.
“Mereka (Israel) ini memang orang yang jahat. Bukan manusia biasa. Nak bunuh 11,000 orang mereka buat cerita konon rakyat mereka 1,400 dibunuh. Bohong. Inilah orang Israel. Jahat yang bukan-bukan. Dibantu pula oleh Amerika Syarikat.
“Saya nak tanya orang Israel, tunjuk gambar orang yang kena bunuh. 1,400 orang kena korek kubur yang besar. Tapi tak nampak. Seekor pun tak nampak. Orang Israel ini memang jahat,” katanya. – UTUSAN