Tujuh lelaki direman siasat kes rogol remaja perempuan berusia 15 tahun - Utusan Malaysia

Tujuh lelaki direman siasat kes rogol remaja perempuan berusia 15 tahun

TUJUH suspek yang disyaki merogol seorang remaja perempuan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tujuh termasuk lima remaja lelaki ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes rogol terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, di Kijal, dekat sini.  

Perintah reman ke atas suspek berusia 14 hingga 19 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, tujuh suspek tersebut ditahan petang semalam selepas pihaknya menerima laporan polis seorang remaja perempuan perempuan mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir lapan lelaki di sebuah rumah, Julai tahun lalu.

“Remaja itu mendakwa, sebelum kejadian dia dibawa ke sebuah rumah oleh seorang kenalannya, sebelum dirogol tujuh lagi lelaki lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Beliau berkata, beberapa tertuduh yang ditahan itu juga  bukan berasal dari negeri ini.

“Pada masa sama, polis sedang memburu seorang lagi suspek untuk membantu siasatan,”  katanya. 

Hanyan berkata, laporan perubatan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya