Tuduhan yang sangat berat - Fazura sangkal dakwaan ke kelab malam

Tuduhan yang sangat berat – Fazura sangkal dakwaan ke kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya tak pernah akui saya terpaling solehah”

Itu kenyataan dikeluarkan pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura berhubung tuduhan liar mengenainya berkunjung ke sebuah kelab malam di ibu kota dengan hanya memakai topi dan hoodie untuk menggantikan hijab.

Jelas Fazura, cerita yang diada-adakan itu adalah tuduhan yang sangat berat yang mungkin dicetuskan untuk menjatuhkannya.

“Saya manusia biasa, tak pernah akui saya terpaling solehah dan pamerkan kepada semua saya mengaji dan solat setiap hari. I am work in progress. Setiap hari saya berusaha untuk istiqamah.

“Saya tak nafikan, memang saya pakai hoodie dan topi. Bahkan saya ada berkongsi perkara itu di Instagram, tidak sesekali saya nak sembunyikan.

“Saya kerja keras, ada masa saya nak lepaskan tekanan dengan berhibur sebab saya suka muzik dan menari. Dalam berhibur, saya tetap ingat Allah, tak adalah sampai lupa diri. Ada hadnya. Tapi clubbing itu memang tuduhan berat dan ia tidak berlaku,” katanya pada majlis pelancaran kopi diet TrullyCaffe di ibu kota, petang tadi.

Kata Fazura, sebagai seorang Muslim, dalam berkeinginan untuk menjadi diri sendiri, dia masih tahu dan sedar tentang had tertentu yang perlu dipatuhi sebagai seorang Muslim.

“Apa pun yang kita buat, berbalik pada niat. Itu antara kita dengan Allah. Saya work in progress, tidak sempurna dan sentiasa berusaha untuk istiqamah.

“Tapi saya tetap mahu menjadi diri sendiri. Nak berhoodie atau apa, itu saya. Yang penting besok lusa saya tak buka (tudung),” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazura meminta kepada mana-mana individu yang mengada-adakan cerita tentangnya agar berhenti daripada terus melakukan perkara tersebut.

“Cukup-cukuplah. Memang saya fokus diri sendiri dan tak kacau orang lain. Hanya Fokus keluarga, anak, suami dan kerjaya. Saya tak tahu kenapa ada pihak yang sentiasa nak ganggu dan cetuskan provokasi.

“Saya tak pernah rancang nak jatuhkan orang lain semata-mata nak viralkan produk saya. Allah tahu saya tak buat begitu.

“Jadi tak perlu nak cuit-cuit, provoke saya. Doakanlah saya menjadi muslimah yang lebih baik,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya