Tubuh suruhanjaya siasat insiden runtuhan tapak pembinaan di Batu Maung - CAP - Utusan Malaysia

Tubuh suruhanjaya siasat insiden runtuhan tapak pembinaan di Batu Maung – CAP

CAP menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan susulan insiden runtuhan tiang rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan susulan insiden runtuhan tiang rasuk di tapak pembinaan sebuah gudang di Batu Maung, kelmarin.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, ini kerana pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan yang teliti dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan itu.

MOHIDEEN ABDUL KADER

”Kami merasa amat terkejut dan kecewa apabila sebuah lagi bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh. Satu suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kejadian ini.

“CAP menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) menyiasat dengan menyeluruh insiden yang berlaku dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dengan kemalangan itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian runtuhan kira-kira pukul 9.58 malam kelmarin, tiga disahkan maut iaitu masing-masing dua di lokasi kejadian manakala seorang lagi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, memandangkan tempat kejadian itu berdekatan dengan pantai yang terdiri daripada tanah pasir dan batu kerikil, sebarang struktur yang dibina di kawasan itu perlu dipastikan benar-benar selamat dengan mengambil kira semua langkah keselamatan terutamanya kajian geologi.

“Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan melibatkan banyak pihak terutama sekali melibatkan nyawa pekerja.

”Apatah lagi kemalangan ini turut menyebabkan pekerja kehilangan nyawa dan mengalami cedera parah.

Memandangkan statistik kematian dalam kemalangan pekerjaan adalah tinggi maka keselamatan untuk pekerja mestilah diutamakan,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa yang berkenaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan secara tegas serta berterusan bagi memastikan semua langkah keselamatan di tapak pembinaan telah dipatuhi.

“Langkah berjaga-jaga perlu diambil berat apabila bekerja dalam situasi bahaya.

“Tindakan tegas yang diambil boleh memberikan mesej kepada syarikat pembinaan bahawa undang-undang perlu dipatuhi setiap masa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya