Transformasi penjara sebagai pusat peradaban

Transformasi penjara sebagai pusat peradaban

IBRISAM Abdul Rahman bercakap kepada pemberita pada Majlis Penutup Projek Reben Kuning 2023 di SHG Telok Mas, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Penjara mahu menjadikan institusi penjara sebagai pusat pembangunan peradaban budaya kemanusiaan (CHCDC) yang menekankan pemulihan berimpak tinggi dalam mendidik banduan menjadi warganegara yang patuh kepada undang-undang.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abdul Rahman berkata, ia sebagai nilai tambah kepada masyarakat dan negara kerana penjara bukan lagi tempat untuk menghukum, sebaliknya ditransformasikan peranannya sebagai institusi pendidikan.

Kata beliau, banduan wajar diberi peluang mengikuti pembelajaran termasuk latihan kemahiran yang dapat dimanfaatkan sebaik dibebaskan kelak.

“Kita mengubah pesalah jenayah kepada insan yang lebih beradab. Kita menerapkan disiplin, kerohanian dan kemahiran dengan menjadikan penjara sebagai institusi pendidikan yang turut mempunyai para guru, pegawai psikologi dan doktor yang akan membimbing mereka.

“Kita menjadikan mereka seorang yang terlatih dan berkemahiran menerusi pelbagai program yang dirangka dengan kerjasama ramai pihak termasuk jabatan, agensi, syarikat swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Banduan tiada beza dengan orang awam yang lain dan majikan diharapkan dapat mengambil mereka untuk bekerja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Projek Reben Kuning 2023 di Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini, semalam.

Tambah Ibrisam, usaha tersebut diharap dapat merangsang perubahan positif kepada masyarakat khususnya menepis pandangan negatif terhadap banduan.

Menurutnya, terdapat banduan yang menjalani program pelepasan berlesen diterima bekerja oleh majikan dan ditempatkan dalam pelbagai sektor industri.

“Kehidupan mereka akan lebih baik setelah mendapat pekerjaan dan mempunyai wang sendiri untuk menyara keluarga. Usaha ini selaras matlamat penjara untuk mengurangkan pengulangan jenayah.

“Kita dapati kurang daripada satu peratus banduan yang mengikuti program ini kembali semula ke penjara berbanding 18 peratus banduan yang dibebaskan tanpa mengikuti program sedemikian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya