Timbunan sampah kotor memalukan penduduk

Timbunan sampah kotor memalukan penduduk

KEADAN sampah yang dibuang di tepi Jalan Chenderong Balai- Teluk Intan Ayer Kuning di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Persekitaran Jalan Chenderong Balai-Teluk Intan-Ayer Kuning di sini dicemari dengan bau busuk sampah berikutan sikap ambil mudah segelintir penduduk yang tidak membuang sampah di dalam tong sampah besar yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi berkenaan mendapati plastik berisi sampah dibuang di tepi jalan dan tidak dibuang ke dalam tong yang disediakan.

Perkara itu dikesali penduduk kerana ia menyebabkan bau busuk dan mencemarkan pandangan mata kepada pengguna yang melalui jalan itu selain boleh membahayakan pengguna.

Penduduk, Sabre Sadan, 60, berkata, sampah yang dibuang di luar tong sampah yang disediakan amat memalukan kerana keadaan itu dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.

Walhal, katanya, PBT sudah menyediakan tong sampah yang besar untuk penduduk membuang sampah.

“Memalukan kerana sampah di sini dapat dilihat oleh pengguna jalan ini. Apa salahnya buang terus ke dalam tong sampah yang disediakan, saya tengok tong sampah kosong tetapi sampah banyak dibuang di luar tong yang disediakan.

“Kenapa masih buang sampah di luar tong hingga ke bahu jalan, ini sudah tentu membahayakan pengguna yang berkenderaan seperti motosikal jika mereka mahu mengelak sampah.

“Sepatutnya semua perlu mempunyai kesedaran untuk membuang sampah di tempat sepatutnya,” katanya.

Penduduk Osman Hamzah,56, berkata, memang dikesalkan kerana sikap tidak bertanggungjawab itu masih berlaku dalam masyarakat.

Katanya, laluan di situ tidak sepatutnya menjadi tempat penduduk membuang sampah sehingga bertimbun-timbun.

“Keadaan ini menyebabkan kekotoran dan memalukan penduduk kampung, tidak sepatutnya sampah dibuang sesuka hati, bukan susah untuk membuang sampah dalam tong besar yang disediakan,” katanya.

HABIS

Caption

KEADAN sampah yang dibuang di tepi Jalan Chenderong Balai- Teluk Intan Ayer Kuning di Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya