PETALING JAYA: Sebanyak tiga stesen aras air di seluruh negara dilaporkan berada pada paras bahaya, setakat pukul 5 petang ini.
Menerusi laman web rasmi Public Info Banjir, paras bahaya itu masing-masing membabitkan satu stesen di Kedah, Perak dan Johor.
Tiga stesen itu ialah Stesen Sungai Sintok di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah; Stesen Sungai Bidor di Changkat Jong, Perak dan Stesen Sungai Ulu Pontian Besar di Kampung Melayu Bukit Batu, Johor.
Dalam pada itu, empat stesen aras air di seluruh negara berada pada paras amaran, manakala 21 lagi stesen berada pada paras waspada.
Paras amaran itu melibatkan Stesen Sungai Badak di Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Sungai Padang Kerbau di Senara, Kedah; Stesen Sungai Langat di Pekan Kajang dan Stesen Sungai Langat di Bukit Changgang, Selangor.
14 lagi stesen yang berada pada paras waspada ialah Stesen Sungai Janing di Kampung Labi dan Stesen Sungai Pendang di Pekan Pendang (Kedah); Stesen Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang (Perak); Stesen Sungai Buloh di Parit Mahang; Stesen Sungai Balak di Kampung Baru Balakong dan Stesen Sungai Langat di Taman West Country Kajang (Selangor).
Selain itu, Stesen Sungai Linggi di Kampung Linsum (Negeri Sembilan); Stesen Sungai Melaka di Durian Tunggal dan Stesen Barrage Sungai Melaka (Melaka) serta Stesen Sungai Skudai di Kampung Separa dan Stesen Parit Keliling di Kampung Pasir (Johor).
Seterusnya, Stesen Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah dan Stesen Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab (Pahang) dan Stesen Sungai Tersat di Kampung Sekayu (Terengganu).
Di Sarawak, paras air waspada dilaporkan di Stesen Nanga Merit; Kapit New Headworks; Tamin; Batu Niah Bazaar; Benawa; Long Teru dan Ukong. – UTUSAN