Tiga beranak cemas kereta dipijak gajah liar - Utusan Malaysia

Tiga beranak cemas kereta dipijak gajah liar

KERETA dinaiki tiga beranak yang dipijak sekumpulan gajah liar di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Tiga beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dipijak gajah dalam kejadian di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini semalam.

Kejadian sebelum Hentian Titiwangsa menghala ke Jeli itu berlaku pada pukul 7.35 malam ketika kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 48 tahun itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Jerteh, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, ketika melalui laluan berselekoh di bahagian kiri, kereta tersebut telah terserempak sekumpulan enam ekor gajah di lorong menghala ke Jeli.

Katanya, kejadian itu menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar seekor anak gajah.

“Kumpulan gajah tersebut kemudiannya menghampiri kereta mangsa dan memijak kenderaan itu.

“Haiwan liar berkenaan hanya beredar selepas anak gajah yang dilanggar bangun. Ketika kejadian, keadaan hujan renyai dan berkabus,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, akibat kejadian itu, kereta tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi kiri hadapan dan belakang.

Katanya, pemandu dan dua penumpang kereta masing-masing berusia 23 dan 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan berkenaan kerana ia merupakan laluan gajah liar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya