BINTULU: Setakat pukul 6.50 petang, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee memperoleh 7,672 undian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang (713 undi) dan Chieng Lea Phing dari ASPIRASI (352 undi).
Sebanyak 22,731 pengundi berdaftar telah memilih wakil rakyat baharu pada PRK DUN Jepak hari ini.
Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 47 saluran dibuka sejak pukul 7.30 pagi sehingga pukul 5.30 petang.
Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas. – UTUSAN