Tidak perlu haram cermin gelap hanya sebab ada isu tertentu

Tidak perlu haram cermin gelap hanya sebab ada isu tertentu

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan tidak berhasrat mengharamkan cermin gelap kereta hanya kerana ada kes bayi mati disebabkan ibu bapa cuai tertinggal anak mereka.

Menterinya, Anthony Loke berkata, setakat ini pemasangan lapisan gelap tersebut masih lagi dibenarkan di negara ini atas faktor keselamatan dan kesihatan.

“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh larang hanya sebab ada satu masalah timbul maka terus disekat langsung cermin gelap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mahu Kementerian Pengangkutan mengharamkan cermin gelap dipasang di kereta ekoran banyak kes kanak-kanak termasuk bayi mati dalam kereta ditinggalkan ibu bapa yang cuai terlupa.

Mengulas lanjut, Loke berkata, lapisan gelap sebenarnya bukan aksesori wajib dan cuma opsyen bagi melindungi mereka yang berdepan risiko keselamatan dan kesihatan.

“Justeru, saya menyarankan ibu bapa yang ada anak kecil agar jangan pasang cermin gelap kerana bimbang mungkin terlupa ditinggalkan dalam kereta bagi tempoh lama,” katanya.

Ketika ini, Kementerian Pengangkutan sudah membenarkan kadar penembusan cahaya maksimum 50 peratus untuk cermin sisi manakala cermin depan pula dibolehkan 70 peratus.

Walau bagaimanapun, pengguna boleh memohon pengecualian khas untuk cermin gelap sepenuhnya dipasang dengan kos mencecah RM5,000 dan untuk tempoh sah dua tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya