PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia, 53, menghembuskan nafas terakhirnya pukul 9.17 malam tadi akibat masalah kanser hati.
Perkara itu disahkan isterinya, Suzan Ahmad, menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi kepada Utusan Malaysia.
“Ya betul, sudah tiada,” balasnya ringkas.
Sebelum ini, Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.
Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.
Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam setelah mengalami sakit perut melampau dan kesukaran bernafas.
Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, doktor kemudian mengesahkan penyanyi tersebut menghidapi kanser hati. – UTUSAN