Thanuja pantang dengar haiwan kena dera - Utusan Malaysia

Thanuja pantang dengar haiwan kena dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIWA Thanuja Ananthan terhadap haiwan terlalu tinggi. Rasa cinta dan kasih bekas Ratu Cantik Malaysia 2009 ini sangat menebal bagaikan ibu dengan anak.

Sungguh dirinya terlalu sensitif dan tidak sesekali boleh mendengar jeritan atau kesakitan yang dialami oleh haiwan di jalanan. Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.

Kongsinya, seawal usia 10 tahun, beliau sanggup memanjat pagar rumah pada waktu malam semata-mata mahu menyelamatkan anak anjing yang terperangkap di dalam longkang.

Disebabkan kejadian itu, bapanya terpaksa memasang alat penggera bagi mengelakkan beliau keluar rumah kerana bimbang keselamatan dirinya.

“Naluri sayang haiwan ini mungkin datang daripada ibu dan bapa saya sendiri. Saya membesar dengan haiwan-haiwan yang diselamatkan di jalanan.

“Ada kucing dan anjing kurus tak cukup zat makanan, ada kucing yang pernah disimbah air panas serta ada juga hampir mati akibat ditetak dengan pisau.

“Saya memang pantang dan tak boleh dengar haiwan dalam kesakitan. Saya akan cuba selamatkan sedaya-upaya,” katanya.

Selepas mewakili Malaysia di Miss World 2009 di Johannesburg, Afrika Selatan, Thanuja mengambil inisiatif memperkenalkan kempen #adoptdontshop yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menyelamatkan haiwan di jalanan berbanding membelinya di kedai.

Jelasnya, usaha itu sangat penting supaya lebih banyak haiwan dapat diselamatkan dan dihantar kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua NGO haiwan di negara ini. Saya bekerja dengan banyak pihak dan aktif menjadi duta bagi Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya