Terengganu, Kelantan dijangka alami hujan berterusan hingga Rabu

Terengganu, Kelantan dijangka alami hujan berterusan hingga Rabu

ALIAS Ngah memantau haiwan ternakannya berikutan kawasan sekitar dinaiki air akibat hujan lebat di Kampung Gong Tok Nasek, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk sehingga Rabu ini susulan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Jabatan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) itu memaklumkan, beberapa daerah di dua negeri tersebut dijangka mengalami hujan lebat secara berterusan tahap buruk.

“Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh (Kelantan) dijangka mengalami hujan berterusan sehingga 22 November ini. Begitu juga beberapa daerah di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya.

Sementara itu, beberapa daerah lain di Kelantan dan Terengganu dijangka bakal berhadapan hujan berterusan tahap waspada sehingga Rabu ini.

“Antaranya di Kelantan adalah Jeli dan Kuala Krai, Terengganu pula di Hulu Terengganu, Dungun serta Kemaman,” katanya.

Tambahnya, Kuantan (Pahang) pula dijangka mengalami hujan berterusan pada tahap waspada sehingga 22 November ini, manakala di Sabah pula beberapa daerah dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada sehingga hari ini iaitu antaranya adalah Pantai Barat, Sandakan serta Kudat.

“Hujan berterusan di tahap waspada turut dijangka berlaku di Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama serta Manjung,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya