Tengkujuh: TNB keluar panduan keselamatan elektrik - Utusan Malaysia

Tengkujuh: TNB keluar panduan keselamatan elektrik

Wan Seri Rahayu Wan Mohamad Said
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sepanjang musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan ini hingga Mac tahun depan.

Pemangku Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Wan Seri Rahayu Wan Mohamad Said berkata, masyarakat dinasihat menekankan kepentingan penggunaan peralatan elektrik secara berhemah ketika air mula meningkat di dalam rumah dan menutup suis utama sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, orang ramai dinasihat untuk sentiasa mengikuti dan peka terhadap maklumat, nasihat, ramalan cuaca dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“Bagi penduduk di kawasan banjir, penting untuk mematuhi arahan pihak berkuasa jika diminta untuk berpindah. Mereka juga digalakkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau menerusi Facebook TNB Careline jika terdapat pepasangan TNB yang terputus atau tumbang bagi tindakan segera demi keselamatan awam. TNB akan terus memantau keadaan setiap pepasangan TNB dari masa ke semasa.

“Apabila paras air mencapai tahap bahaya, TNB akan memutuskan bekalan elektrik ke kawasan terbabit untuk sementara waktu demi keselamatan orang awam. Bekalan elektrik akan dipulih semula setelah air surut dan keadaan kembali selamat.” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

INFOGRAFIK panduan keselamatan elektrik yang disaran TNB untuk orang ramai ikuti semasa musim tengkujuh

Wan Seri Rahayu menyarankan orang ramai mengamalkan beberapa nasihat dan panduan keselamatan elektrik yang dkeluarkan oleh TNB seperti berikut:

Pra Banjir:
• Alihkan peralatan elektrik ke aras lebih tinggi
• Hubungi TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline untuk memutuskan bekalan elektrik jika paras air meningkat

Semasa Banjir:
• Pastikan suis utama ditutup untuk mengelakkan renjatan elektrik
• Tidak memasuki kawasan yang telah dinaiki air
• Tidak mendekati atau menyentuh pepasangan TNB
• Laporkan tiang elektrik yang tumbang dan meter yang terapung kepada TNB
• Tidak menyentuh peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir
• Hindari peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir, walaupun ianya bersalut dengan penebat
• Elakkan daripada mendekati atau menyentuh tiang besi atau mana-mana pepasangan TNB yang terendam dalam air untuk mengelakkan risiko renjatan elektrik
• Pastikan semua suis di soket aliran keluar ditutup dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik
• Pastikan bank kuasa mudah alih (powerbank) dicaj lebih awal untuk mengecas telefon bimbit bagi memudahkan urusan komunikasi
• Sekiranya premis dipasang dengan sistem solar PV, matikan sistem tersebut sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan bekalan balik ke sistem pendawaian rumah
• Elakkan daripada menghampiri atau menyentuh mana-mana tiang yang menyokong pepasangan elektrik TNB atau pepasangan elektrik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Selepas Banjir:
• Matikan suis utama elektrik sebelum membersihkan alat elektrik
• Periksa alat elektrik yang terendam oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST)
• Elakkan dahan pokok berhampiran talian elektrik
• Hindari gunakan galah atau tangga berdekatan talian elektrik
• Pantau anak-anak agar tidak mendekati talian elektrik rosak

– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya