Taring Speedy Tigers belum tajam

Taring Speedy Tigers belum tajam

SUBAHAN Kamal (lima dari kiri) bersama barisan exco Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi penggal 2023-2027. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Konfe­derasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menyeru agar para pemain skuad hoki lelaki kebangsaan untuk lebih bernafsu memburu kemasyhu­ran beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Impian ke Sukan Olimpik masih lagi menjadi misi utama Subahan dan tidak pernah berubah sejak beliau memegang tampuk kepemimpinan tertinggi MHC pada 2015.

Apatah lagi badan induk itu telah pun berusaha memberikan pelbagai bantuan dan sokongan terbaik, antaranya memanggil semula legenda pakar pukulan sudut penalti negara, S. Kuhan untuk membantu skuad kebangsaan selain mengatur beberapa siri jelajah ke Eropah dan Australia, namun sehingga kini keputusan yang diharapkan masih belum kunjung tiba.

Bagi Subahan, faktor nasib juga memainkan peranan kerana kerap kali Malaysia tidak berjaya menterjemahkan keputusan po­sitif dalam beberapa perlawanan penting untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik misalnya kegagalan di Sukan Asia Hangzhou September lalu.

“Cabaran terbesar saya adalah mengharapkan prestasi konsisten daripada para pemain, mereka harus sedar bahawa semua ini tidak bergantung kepada peranan kami (pentadbir) semata-mata, tetapi mereka juga perlu memainkan peranan.

“Mereka perlu bernafsu untuk setiap perlawanan besar, dan mereka perlu sentiasa bernafsu untuk berada di Sukan Olimpik,” jelas Subahan selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MHC di Putrajaya, semalam.

Subahan berjaya mempertahankan jawatan presiden bagi penggal ketiga berturut-turut dan akan dibantu oleh dua timbalan presiden, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak dan Datin Mary Sadiah Zainuddin.

Dalam pada itu, Subahan berkata, beliau bercadang untuk membuat rombakan membabitkan beberapa jawatan pengerusi jawatankuasa yang terdapat dalam badan induk itu bagi memastikan MHC akan bergerak lebih mapan dalam tempoh lima tahun yang datang.

“Saya memang cari formula untuk bekerjasama dengan semua orang, khususnya jawatan-jawatan tertentu, misalnya pengerusi tertentu dalam jawatankuasa yang terdapat dalam MHC, saya mungkin perlu memikirkan semula apa yang terbaik, untuk diisi yang oleh orang-orang yang saya terlepas pandang ataupun mungkin sebelum ini dirasakan tidak sesuai.

“Saya rasa kami tidak boleh bekerja sendiri, perlu mendapatkan pandangan daripada pihak lain juga, dan itulah pe­ranan yang akan saya mainkan untuk beberapa tahun yang akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya