Tangki penuh ulat di kolej kediaman telah dikosongkan-UMS

Tangki penuh ulat di kolej kediaman telah dikosongkan-UMS

TANGKAP layar video tular ulat memenuhi tangki air di salah sebuah kolej kediaman pelajar di UMS, Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan untuk mengosongkan tangki yang tercemar dengan ulat.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak universiti memaklumkan kejadian tersebut berlaku terhadap salah sebuah tangki air di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) UMS.

Tangki yang terjejas adalah tangki daripada sumber air melalui sistem telaga tiub dan tidak menjejaskan sumber air yang disalurkan daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang menjadi sumber utama kegunaan harian pelajar.

“Pihak JPP juga telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan agar sentiasa memantau setiap fasiliti bangunan di UMS bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kesihatan khususnya kepada warga pelajar UMS.

“Pihak pengurusan UMS akan terus memantau perkembangan pelajar di KKTPAR bagi memastikan kesihatan para pelajar tidak terjejas dan tidak mengganggu pembelajaran dan kehidupan seharian pelajar sepanjang berada di kolej kediaman,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas paparan video berdurasi 24 saat yang tular dalam aplikasi Tiktok.

Menurut kenyataan tersebut, UMS mengambil maklum tentang klip video yang dimuat naik dalam laman media sosial berkaitan pencemaran tangki air di salah satu kolej kediaman pelajar di kampus universiti berkenaan.

Susulan daripada klip video tersebut, pihak pengurusan UMS melalui JPP telah menjalankan siasatan terhadap kesahihan dakwaan seperti yang dinyatakan dalam video tersebut.

Dalam video tular itu menunjukkan sebuah tangki air dicemari dengan ulat dan pemilik video mendakwa mereka telah menggunakan air daripada tangki tersebut sejak beberapa hari lalu.

Malah katanya, mereka juga sedang berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air sejak beberapa hari lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya