PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mendapatkan suntikan semangat sebelum menyertai Kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia di Hangzhou, China pada 13-17 Disember depan apabila tercalon dalam Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Anugerah berprestij yang akan dilangsungkan serentak dengan kejohanan terakhir kalendar BWF itu menyaksikan Tang Jie dan Ee Wei tercalon dalam kategori Pemain/Pasangan Paling Meningkat Naik 2023 bersama-sama beregu lelaki Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan beregu campuran China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. Tahun ini, Tang Jie-Ee Wei bukan sahaja mengalami peningkatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya