“BERSIHNYA tandas sekolah kita,” ujar Ameerul, murid tahun satu. “Setelah enam tahun belajar di sini, barulah saya dapat rasakan tandas bertaraf hotel,” tambah Aishah, kakak Ameerul dengan senyuman seribu bahasa. Perbualan inilah yang kini berkumandang dan menjadi topik hangat dalam kalangan murid di segenap kawasan sekolah di seluruh negara. Suatu situasi yang sememangnya diidamkan oleh lebih enam juta pelajar di 8,354 sekolah di negara kita. Apakah yang menjadi asas perbualan ini? Pelancaran program pembudayaan penjagaan tandas dan penarafan kebersihan tandas sekolah oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah menampakkan impak positif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya