Tamatkan segera tindakan keganasan ke atas Palestin

Tamatkan segera tindakan keganasan ke atas Palestin

AHMAD Fuzi Abdul Razak ketika berucap merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15, di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menggesa semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera.

Ahmad Fuzi berkata, konflik dan peperangan yang masih berterusan telah mengakibatkan penderitaan yang besar kapada rakyat Palestin, dengan orang awam khususnya kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terbunuh serta ramai yang kehilangan nyawa dan rumah mereka.

”Saya mengecam sekeras-kerasnya dan menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan.

“Adalah penting keselamatan dan kesejahteraan orang awam diutamakan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fuzi berkata, atas prinsip perikemanusian, beliau menggesa masyarakat antarabangsa bersama-sama menyokong segala usaha diplomatik untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif dan tuntas dengan segera, adil dan saksama demi kebaikan manusia sejagat.

“Sebagai ahli komuniti global yang bertanggungjawab dan prihatin, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku dan berusaha ke arah membantu keperitan dan malapetaka yang sedang dialami oleh rakyat

Palestin di Gaza dan Tebing Barat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Fuzi berkata, pada 2022 ekonomi Pulau Pinang berkembang sebanyak 13.1 peratus.

“Ini adalah satu peningkatan yang ketara daripada kadar pertumbuhan tahun sebelumnya sebanyak 6.9 peratus dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang direkodkan sebanyak RM112.1 bilion.

Tambah beliau, Pulau Pinang turut mencatatkan sebanyak RM13.7 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan pada tahun 2022, melibatkan aliran masuk sebanyak 135 projek dengan penjanaan sebanyak 15,752 peluang pekerjaan yang baharu.

“Ini menjadikan Pulau Pinang sebagai antara penyumbang tertinggi iaitu dengan sumbangan 16 peratus dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan dalam negara pada tahun 2022.

“Pelaburan langsung asing (FDI) pula mencatatkan sebanyak RM9.7 bilion atau 71 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan bagi tahun 2022 manakala baki, berjumlah RM4 bilion, atau 29 peratus merupakan pelaburan langsung domestik (DDI).

“Pencapaian ekonomi yang mengagumkan ini menunjukkan Pulau Pinang berada pada trajektori ekonomi yang memberangsangkan dan berpotensi muncul sebagai kuasa ekonomi yang penting di Asean,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya