Taktik menyamar berhasil, 22 lori ditahan lebih muatan

Taktik menyamar berhasil, 22 lori ditahan lebih muatan

ANGGOTA JPJ Selangor melakukan pemeriksaan ketika Op Patuh Lebuhraya di Plaza Tol Gamuda Cove, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Tindakan penyamaran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan empat buah kenderaan tanpa logo jabatan membuahkan hasil apabila sejumlah lori ditahan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya.

Dalam Op Patuh Bersepadu bermula pukul 12.30 tengah malam tadi hingga 10 pagi hari ini, 22 buah lori diarahkan melakukan timbangan berat muatan.

Pengarah JPJ Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, antara lori yang ditahan membawa muatan ‘piling’ 79.25 peratus iaitu melebihi daripada had muatan dibenarkan.

“Ini merupakan satu kejayaan yang agak memberangsangkan bagi JPJ hasil intipan dilakukan oleh kumpulan penyamaran JPJ bagi mengesan kenderaan bermasalah.

“Op Patuh Lebuh Raya itu disertai 40 anggota dan pegawai JPJ, selain turut dibantu tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi berkenaan di di Plaza Tol Bandar Gamuda Cove, di sini hari ini.

AZRIN BORHAN

Katanya, operasi itu meliputi Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuh Raya Elite serta Lebuh Raya Gutrie.

Dalam perkembangan sama, Azrin berkata, sebanyak 98 kenderaan lain turut ditahan atas kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen vokasional (GDL), tanpa lesen memandu (CDL), tiada insurans kenderaan serta kesalahan teknikal.

“Sejak 1 November hingga hari ini, sebanyak 177,396 kenderaan diperiksa dan sejumlah 8,371 kenderaan diambil tindakan selain 24,797 notis dikeluarkan.

“Kesalahan teknikal mencatat jumlah tertinggi dengan 8,640 dan diikuti oleh tiada LKM atau tamat tempoh serta tiada insurans kenderaan sebanyak 3,667,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya