SHAH ALAM : Juri tetap program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Syafinaz Selamat, menyifatkan tiada mana-mana artis tempatan yang mampu menggantikan tempat penyanyi legenda, Datuk M Daud Kilau dalam industri seni.
Bagaimanapun, menurut Syafinaz, apa yang cuba dilakukan oleh peserta ASGV, Hady Mirza menerusi persembahannya untuk lagu berjudul Gila Judi menyuntik kelainan yang menarik perhatian penonton.
“M Daus Kilau adalah satu nama yang tiada tandingannya sehinggakan setiap penyanui nak jadi macam dia. Tetapi, tiada penyanyi berani macam dia untuk bawa muzik begitu.
“Apa yang cuba dilakukan oleh Hady kita nampak, dia nak bawa gabungan dua bintang ternama iaitu Elvis Presley dan M Daud Kilau dalam persembahannya.
“Bagi saya, ia satu percubaan berani. Secara keseluruhan, persembahan Hady, cantik,”katanya.
Syafinaz berkata demikian semasa memberi komen kepada persembahan Hady di pentas ASGV malam tadi.
Selain it, kata Syafinaz, dari minggu ke minggu persembahan Hady disifatkannya sangat baik dan jarang mendapat kritikan negatif.
“Saya juga memuji cara komunikasi Hady dengan audiens walaupun ada nyanyiannya yang sedikit kurang menerusi persembahan ini.
“Saya sangat jujur dalam memberikan komen, jadi saya akui persembahan Hady setakat ini tidak menghampakan,”katanya.
Hady menerusi minggu kelapan membawakan lagu nyanyian asal Datuk M Daud Kilau itu dengan menampilkan gaya dan busana Ikonik persis Elvis Presley dengan gaya nyanyian bagaikan M Daud Kilau.
Persembahan Hady mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang rata-ratanya terhibur dengan elemen menarik yang ditampilkan oleh penyanyi kelahiran Singapura itu.