SEGAMAT : Susur bulatan Jalan Stesen ke Jalan Ibrahim, Segamat di tutup sementara selama 10 hari bermula 9 hingga 18 November ini.
Penutupan jalan terbabit telah diuar-uarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Segamat (MPS) bagi kemudahan warga Segamat.
Susur bulatan terbabit terletak berhadapan Pejabat Jabatan Penerangan Segamat dan berdekatan Stesyen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Segamat tetapi tidak menganggu kawasan tersebut.
Penutupan jalan buat sementara itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan oleh pihak MPS di kawasan berkenaan.
Orang ramai boleh melalui jalan alternatif ke Jabatan Penerangan Segamat melalui jalan hadapan Balai Polis Segamat dan menyusuri simpang kiri sebelum jejantas.-UTUSAN