Berdasarkan data yang dikongsikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman web rasmi mereka, setakat ini Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu berada di paras amaran dan Sungai Setiu di Kampung Besut pula berada di paras waspada.
“Di Sarawak, tiga sungai berada di paras waspada dan satu di paras amaran iaitu Benawa, Miri yang aras airnya pada 7.56 m melebihi 7 m.
“Manakala, di Pahang pula Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera mencatat aras air 30.12 melebihi tahap waspada iaitu pada paras 29.7m. Di Johor, Sungai Sembrong di Batyu 2 Sembrong, Batu Pahat aras airnya pada paras 2.75m turut melebihi tahap waspada.
“Sementara itu, Jambatan Melor, Bachok (Kelantan) dan Barrage Sungai Melaka, Melaka Tengah (Melaka) berada dalam keadaan waspada apabila masing-masing mencatat aras air yang lebih iaitu 0.62m dan 0.8m,” katanya. – UTUSAN