Sultan Nazrin berangkat ke istiadat penganugerahan darjah kebesaran - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin berangkat ke istiadat penganugerahan darjah kebesaran

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa kawalan kehormatan sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan sempena istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Istiadat Kawalan Kehormatan itu adalah sebahagian daripada aturcara sebelum Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Serta Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Keberangkatan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di Bukit Chandan diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang berpangkalan di Kem Sangro, Taiping Perak.

Kawalan Kehormatan Utama itu adalah di bawah pimpinan Kolonel Abdul Rahim Hamzah manakala Ketua Kawalan ialah Mejar Muhibburrahman Khairul Anuar.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Altileri Diraja Istiadat yang berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Leftenan Kolenal Mohd. Asri Che Will.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin kali ini, seramai 238 penerima telah mendapat perkenan baginda untuk dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak.

Antara penerima ialah jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Pakar Kardiologi dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr. Lee Boon Chye. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya