Suhaimi Saat ditidurkan di ICU - Utusan Malaysia

Suhaimi Saat ditidurkan di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, 43, ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Johor Bharu.

Berita itu dikongsikan sepupu bekas kumpulan nasyid In-Team itu, Ayu Wahyu menerusi satu hantaran di Facebook.

“Mohon sahabat-sahabat Facebook doakan kesihatan sepupu saya, Suhaimi Bin Saad yang ditidurkan di ICU hospital Johor.

“Semoga antara doa kalian ada yang diangkat doanya. Semoga sepupu kembali sedar dan sihat seperti dulu,” tulisnya.

Difahamkan, Suhaimi dimasukkan ke hospital 4 November lalu selepas mengalami muntah-muntah setiap kali makan menyebabkan berat badannya susut.

Menurut rakan terdekat, Mohd. Syahril Abdul Khalid, keadaan kesihatan Suhaimi memang merosot beberapa bulan belakangan ini.

Namun begitu, ketua kumpulan In-Team itu tidak pasti apakah sakit yang dihidapi Suhaimi.

Untuk rekod, Suhaimi merupakan salah seorang anggota kumpulan In-Team yang ditubuhkan pada tahun 1999 sebelum mengundurkan diri pada tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya