PETALING JAYA: Penamatan subsidi dan pengapungan harga ayam bermula semalam tidak menjejaskan pengguna ekoran kebanyakan peniaga masih mengekalkan harga jualan atau lebih rendah berbanding harga siling RM9.40 sekilogram. Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Alor Setar, Kedah mendapati, peniaga ayam menjualnya antara RM7.70 hingga RM9.40 sekilogram sekali gus meleraikan kebimbangan pengguna. Seorang peniaga, Mohd. Zakir Mohd. Zahir, 27, berkata harga ayam yang ditetapkan adalah RM7.70 sekilogram sejak semalam iaitu jauh lebih murah daripada sebelum ini. “Semalam dan kelmarin harga jualan adalah RM7.70 sekilogram setelah mendapat bekalan daripada pemborong RM7.10. Pemborong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya