Subsidi air kepada pengguna terkesan jika tarif naik - Utusan Malaysia

Subsidi air kepada pengguna terkesan jika tarif naik

Tarif air
AMIRUDIN Shari ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Kilang Baharu UMW Lubetech Sdn Bhd dan Pelancaran Label Baharu Grantt dekat Pulai Indah, Pelabuhan Klang di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan negeri bersedia memberikan subsidi kepada penduduk-penduduk di Selangor yang terkesan jika tarif air dinaikkan itu membebankan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun tarif air di Selangor tidak semestinya meningkat selepas semakan dibuat oleh syarikat konsesi dan kerajaan negeri untuk dicadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Saya akan menilai balik kalau ada keperluan naik, kita akan cadangkan kalau ia membebankan pengguna kerajaan negeri akan counter dengan subsidi dengan simpanan yang kita ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Kilang Baharu UMW Lubetech Sdn Bhd dan Pelancaran Label Baharu Grantt.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, semua negeri akan menaikkan tarif air selaras dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula kadar­nya tahun depan. 

Namun, setakat ini negeri terlibat belum menetapkan tarif sebenar bagaimanapun akan melihat kadar yang munasabah.

Bagaimanapun, Amirudin dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu lalu menjelaskan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan kenaikan tarif air dan perlu dibawa ke peringkat kementerian dan SPAN meskipun diakui terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Menurutnya, mana-mana negeri akan bersetuju dengan peningkatan tarif yang menjadi penyelesaian kepada peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh syarikat konsesi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kenaikan terakhir tarif air dilakukan pada tahun lalu melibatkan sektor industri memberi kesan yang baik.

“Anggaran kenaikan masih awal lagi, saya tak boleh (muktamadkan) sebab biasanya penilaian cadangan itu bukan (di peringkat) Air Selangor sahaja, ia perlu dibincangkan bersama SPAN. Tak semestinya naik lagi.

“Tetapi, dalam rancangan perniagaan, memang daripada tahun-tahun sebelum ini sepatutnya naik dan kalau naik pun untuk industri dalam tahun lepas dan kesannya sangat baik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya