Suami isteri melecur dalam kebakaran rumah - Utusan Malaysia

Suami isteri melecur dalam kebakaran rumah

SEPASANG suami isteri melecur dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Flat Jalan Tengah, Taman Bukit Gedung, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri masing-masing melecur 40 hingga 80 peratus dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Flat Jalan Tengah, Taman Bukit Gedung, Bayan Lepas, di sini hari ini

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari itu, pasangan suami isteri berusia 60-an itu berjaya menyelamatkan diri selepas suami mangsa menyedari sebuah bilik dalam rumahnya terbakar.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Hirman Mat Rodzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 1.15 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian.

”Sejurus tiba didapati sebuah bilik berkeluasan 100 kaki persegi (9.3 meter persegi) telah terbakar.

“Pasangan suami isteri ini pula berada di luar rumah dalam keadaan melecur dan pihak bomba terus menjalankan kerja-kerja pemadaman dan api berjaya dipadam pukul 1.37 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hanya bilik tersebut terbakar kerana api tidak sempat merebak ke ruang lain dan pasangan suami isteri terbabit telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan.

“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, menerusi apa yang dimaklumkan oleh mangsa lelaki, ketika kejadian dia turun ke bawah rumah mereka untuk mengambil barang manakala isterinya sedang berehat di rumah.

“Lelaki tersebut yang sedang menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya menyedari kebakaran tersebut.

“Dia kemudiannya bergegas menyelamatkan isterinya yang bersendirian di kediaman mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya