Skuad B-23 tagih sentuhan Arif Aiman

Skuad B-23 tagih sentuhan Arif Aiman

SKUAD B-23 menagih khidmat Arif Aiman Hanapi untuk membawa cabaran negara dalam Piala Asia di Qatar tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap kali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara beraksi, peminat ‘kempunan’ untuk menyaksikan kelibat pemain sensasi Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi di atas padang kerana kekangan tertentu.

Namun, pada kempen Piala Asia B-23 pada April depan di Qatar, pastinya ramai yang menaruh harapan agar Arif Aiman dapat menyertai pasukan dan memperkuatkan skuad kendalian Juan Torres Garrido.

Bagaimanapun, segalanya terletak di tangan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana sekiranya baginda memberi ‘lampu hijau’ pastinya Arif Aiman akan berada dalam pasukan kelak.

Pengurus skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, kemasukan Arif Aiman dalam pasukan skuad B-23 dapat menyuntik lagi sema­ngat pemain muda lain untuk beraksi lebih cemerlang pada kejohanan besar itu.

Biarpun agak mustahil, Shahril tetap mengharapkan impian berkenaan dapat dipertimbangkan walaupun perlawanan Piala Asia B-23 berlangsung di luar kalender Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Kehadiran Arif Aiman cukup penting kerana dia bukan saja mempunyai skil yang tinggi, namun dia sudah pastinya menjadi contoh kepada pemain lain untuk mempamerkan aksi lebih baik.

“Saya sa­ngat mengharapkan TMJ dapat melepaskan Arif Aiman walaupun seperti sedia maklum perlawanan itu berlangsung diluar kalendar FIFA,” katanya.

Bagaimanapun, hasrat itu dilihat sedikit sukar kerana Arif Aiman umpama ‘goreng pisang panas’ apabila khidmatnya juga diperlukan dalam skuad Harimau Malaya.

Jurulatih skuad senior, Kim Pan Gon pastinya dan boleh katakan wajib menyenaraikan Arif Aiman dalam skuad negara dalam kempen Piala Asia yang berlangsung lebih awal pada Januari.

Dalam kempen Piala Asia B-23, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya