SK Tok Deh PPS tunggal di Kelantan

SK Tok Deh PPS tunggal di Kelantan

ALIRAN trafik menjadi perlahan akibat air bertakung jalan Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri semakin bertambah baik apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Rantau Panjang menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) tunggal yang masih aktif menempatkan mangsa banjir.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 4 petang melaporkan seramai 49 mangsa masih berlindung di PPS berkenaan.

Terdahulu, PPS SK Wakaf Raja, Pasir Puteh yang menempatkan 30 mangsa pada sebelah pagi ditutup sepenuhnya dan semua penghuni dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus menunjukkan penurunan namun masih berada di tahap amaran.

Sungai-sungai utama lain di negeri ini sudah kembali normal kecuali Sungai Kelantan di Kuala Besar melepasi paras berjaga-jaga.

Bagaimanapun, beberapa jajahan di negeri ini masih menerima hujan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya