MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menerima sumbangan RM1,000 hasil kutipan dari guru dan murid untuk Tabung Kemanusiaan Palestin di Sekolah Kebangsaan (SK) Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Guru besar sekolah itu, Norila Ismail menyerah sumbangan kepada presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid sempena Program Cakna Komuniti 2023 yang diadakan sebelum berlangsung pelbagai acara sukan tahunan sekolah.
Mohd. Azmi berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan sumbangan sebanyak RM25 juta dari seluruh negara, termasuk RM1 juta di seluruh negeri Kedah sedikit masa lagi untuk tabung itu bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.
Mohd. Azmi memuji langkah diambil oleh pihak pentadbiran SK Aman Jaya kerana tampil menyertai Tabung Kemanusiaan Palestin yang diperkenalkan.- UTUSAN