Siti Nordiana beri keterangan hari ini

Siti Nordiana beri keterangan hari ini

SITI NORDIANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana Alias akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dalam kes saman terhadap lima individu termasuk dua rakan artis atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram, dua tahun lalu.

Keterangan penyanyi itu yang sepatutnya dikemukakan di hadapan Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohd. Johan semalam ditangguhkan selepas pihak-pihak dimaklumkan beliau ‘hilang suara’ untuk bertutur.

Terdahulu, peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana memberitahu, anak guamnya mengalami kesukaran bercakap dan mendapat cuti sakit daripada hospital kerajaan semalam dan bersedia memberi keterangan hari ini.

“Siti Nordiana yang merupakan saksi terakhir pihak plaintif sepatutnya beri keterangan, namun mahkamah membenarkan penangguhan (semalam),’’ ujar beliau kepada pihak media. Abang Azlan hadir bersama-sama peguam Ahmad Syaiful Bakri Mohamed.

Penyanyi itu yang lebih dikenali sebagai Nana menyaman lima defendan dan menuntut RM2.5 juta atas dakwaan memfitnah ketika siaran langsung (Live) dalam Instagram pada Julai 2021.

Lima defendan itu ialah pe­nyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, 38, dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 37.

Dua lagi ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43.

Terdahulu mahkamah turut mendengar keterangan seorang ejen penjenamaan selebriti yang pernah berkolaborasi dengan Siti Nordiana dalam beberapa projek.

Pengarah G. Talent Management Sdn. Bhd., A. Geetharani, 39, berkata, Siti Nordiana dikategorikan sebagai selebriti kelas ‘A’ dan terlibat dalam tiga projek komersial sebagai duta yang dikendalikan oleh syarikatnya.

Dalam keterangannya, saksi berkata, beliau pernah berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp dengan pengurus penyanyi itu, Mohammad Al Anas Osman berhubung Live Instagram yang mengaitkan nama artis berkenaan.

Ujar Geetharani, selaku selebriti kelas ‘A’ yang berkolaborasi dengan jenama yang menajanya, beliau mengambil berat untuk menjaga reputasi syarikat dan jenama melibatkan pasaran tempatan dan antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya