Sistem rel Sabah-Sarawak rancakkan aktiviti

Sistem rel Sabah-Sarawak rancakkan aktiviti ekonomi ke Kalimantan Indonesia – Menteri Kerjaya Raya

ALEXANDER Nanta Linggi (dua dari kiri) tiba di Majlis Makan Malam Sambutan ke-70 tahun Sekolah Antarabangsa Lodge, di Hotel Imperial Kuching malam tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Cadangan pembinaan sistem rel yang menghubungkan Sabah dan Sarawak akan beri manfaat pemain industri mempelopori aktiviti ekonomi antara Sabah dan Sarawak, sehingga ke Kalimantan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yakin usaha itu akan turut menjadi pemangkim kepada aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar.

“Ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak, tetapi juga boleh memanfaat sehingga ke ibu negara Indonesia yang mana akan berpindah ke Borneo iaiti di Kalimantan Nusantara.

“Justeru, sekiranya sistem ini nanti boleh menyambung sehingga ke Indonesia ia akan memberi impak yang lebih besar dan bermakna dalam kegiatan aktiviti ekonomi. Malah sekarang ini kita mempunyai Lebuh Raya Pan Borneo dan, jika ia ditambah dengan sistem Rel saya yakin ia pasti akan mendapat manfaat dari segi mempelopori aktiviti ekonomi terutamanya dari segi mobiliti pengangkutan barangan produk dan menyediakan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas hadir majlis sambutan makan malam ke-70 tahun Sekolah Antarabangsa Lodge, di sini malam tadi.

Baru-baru ini peruntukan bagi kajian kebolehlaksanaan sistem rel yang menghubungkan Sabah dan Sarawak telah diluluskan dalam Belanjawan 2024 dalam Parlimen.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagaimanapun berkata kajian hanya akan dimulakan tahun depan selepas pelantikan jururunding bagi kajian tersebut akan dilakukan melalui proses tender.

Sehuhungan itu, Menteri Kerja Raya memberi keyakinan melalui kajian itu nanti ia menberi peluang kepada usaha kerajaan untuk membangunkan sistem pengangkutan di antara negeri Sabah dan Sarawak.

“Sudah tentu saya mengalu-alukan usaha yang kerajaan untuk melakukan kajian berhubung pembangunan sistem rel di Sarawak dan mungkin keseluruhan di Borneo ini.

“Kerananya, inisiatif seperti ini dapat membantu usaha kerajaan untuk membangunkan penduduk dalam sosioekonomi mereka sekali gus membangunkan ekonomi negara, malah saya berharap ia akan menjadi kenyataan buat penduduk di Sabah dna Sarawak,” ujar Nanta.

Nanta bagaimanapun tidak menafikan pembinaan sistem rel secara fizikal ini kelak akan mengambil sedikit masa kerana kajian kebolehlaksanaannya perlu dilakulan terlebih dahulu.

Untuk rekod, kajian kebolehlaksanaan itu akan menilai dari segi faktor ekonomi iaitu pulangan terhadap pelaburan, keperluan sektor kargo serta ketersambungan antara pelabuhan dan sektor rel.

Selain itu, dari segi jajaran keadaan geografi, ia juga akan meniliai sama ada boleh dilaksanakan dan apakah anggaran kos yang diperlukan sebelum langkah seterusnya sama ada kerajaan boleh laksanakan projek tersebut.

Dalam pada itu, kerajaan sentiasa mengalukan perbincangan bersama kerajaan Indonesia berhubung cadangan mewujudkan sistem pengangkutan yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan ibu negara Indonesia yang baharu di Kalimantan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya