Sirul Azhar dipakai peranti pemantauan

Sirul Azhar dipakai peranti pemantauan

SIRUL AZHAR UMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas anggota Polis Diraja Malaysia Malaysia, Sirul Azhar Umar yang dilepaskan pusat tahanan imigresen di Australia dilaporkan dipakaikan peranti pemantauan yang membolehkan pihak berkuasa memantau lokasinya.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), peranti elektronik dan sekatan pergerakan itu antara syarat ditetapkan kepada bekas tahanannya, seperti mana tertakluk di bawah Akta Migrasi dan Peraturan Migrasi negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) kepada portal berkenaan.

“Mereka yang disabitkan bersalah dengan jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol dan pedofilia wajib memakai gelang itu, mematuhi sekatan pergerakan ketat serta ‘keperluan pelaporan dan penglibatan’,” kata ABF seperti dilapor sebuah portal berita hari ini.

Sebelum ini, Sirul Azhar yang berdepan hukuman mati di Malaysia kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, merayu untuk meneruskan hidup di Australia.

Sirul Azhar juga menyatakan adalah bahaya jika dia kembali ke Malaysia.

Menerusi wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East, Sirul turut memohon maaf kepada keluarga Altantuya dan meminta supaya dia diampunkan.

Dalam pada itu, ABF memaklumkan, syarat visa mandatori yang ketat dikenakan untuk menyekat akses mereka bekerja dengan kanak-kanak atau individu rentan lain.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud keperluan pelaporan dan penglibatan.

Ditanya sama ada kerajaan Australia mempertimbangkan penggunaan undang-undang keganasan terhadap individu dibebaskan itu bagi menahan mereka semula, katanya, ia terpulang kepada kerajaan.

Sirul Azhar berdepan hukuman mati di Malaysia kerana membunuh Altantuya pada 2006 bersama bekas rakan sekerjanya, Azilah Hadri.

Seiring undang-undang Australia, Canberra tidak akan menghantar banduan berdepan hukuman mati ke negara asal.

Bekas anggota PDRM itu melarikan diri ke Australia pada 2015 sebelum Mahkamah Persekutuan menterbalikkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskannya serta Azilah, seterusnya mengekalkan keputusan asal Mahkamah Tinggi supaya mereka dihukum mati.

Azilah yang ditahan di Penjara Kajang, antara 1,000 banduan akhir memohon semakan semula hukuman mereka. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya