Sidang DUN: Selangor lulus projek perkilangan bernilai RM88.88 bilion sejak 2018 - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Selangor lulus projek perkilangan bernilai RM88.88 bilion sejak 2018

IBU bapa tidak melepaskan peluang membawa keluarga melihat pameran pada Selangor Aviation Show (SAS) 2022 di Skypark Regional Aviation Centre (RAC) Bukit Jelutong, Shah Alam hari ini. SAS 2022 ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 10 September 2022 dan akan mempamerkan 29 kapal terbang termasuk helikopter. Pameran selama tiga hari ini akan dipenuhi dengan pelbagai program menarik termasuk forum industri, pembentangan, aktiviti kerjasama dan program pembelajaran untuk pelajar dalam pengajian penerbangan termasuk joyride untuk orang ramai. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor meluluskan pembinaan 1,506 projek perkilangan di negeri ini melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM88.88 bilion bagi tempoh lima tahun sejak 2018 hingga Jun lalu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM35.88 bilion melibatkan modal pelaburan tempatan dan RM53 bilion pelaburan asing yang didakwa bakal mewujudkan 95,610 peluang pekerjaan.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Komoditi, Ng Sze Han berkata, industri tumpuan yang diberi penekanan adalah sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, pembuatan produk elektrik dan elektronik serta kelengkapan pengangkutan merangkumi industri aeroangkasa, dron, mesin dan peralatan.

“Bagi sektor perkhidmatan pula, Kerajaan telah mengenal pasti sektor yang berpotensi untuk berkembang di Selangor antaranya industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology.

“Pelbagai inisiatif lain untuk menggalakkan pelaburan di Selangor adalah seperti Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program untuk membantu mempercepatkan perlaksanaan projek pelaburan dengan sokongan pelaburan diperlukan.

“Sektor pembangunan Sains Hayat pula, program ’Selangor Lab Partnership’ diperkenalkan untuk merapatkan jurang antara pihak institusi pendidikan dan industri supaya penyelidikan dapat diusahakan secara kolaborasi dan mencapai keberhasilan untuk dipasarkan,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Pua Pei Ling (PH) dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam soalan tambahannya meminta kerajaan negeri menjelaskan tindakan Selangor untuk memastikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang dimeterai Kerajaan Persekutuan turut melibatkan pelaburan di negeri ini.

Sze Han yang juga ADUN Kinrara (PH) memaklumkan kerajaan negeri bersedia menjemput dan menyambut pelabur melalui CPTPP apabila pelbagai program berkaitan diadakan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.

“Selangor International Business Summit mendapat sambutan yang cukup baik berdasarkan data terkini potential transaction value bernilai RM1.2 bilion dan jumlah pelawat adalah sejumlah 57,249, itu adalah langkah menjadikan Selangor sebagai destinasi utama bagi pelabur asing.

“Kerajaan negeri juga sedang merancang mewujudkan aero park di sebelah KLIA, perbincangan bersama tuan tanah sudah dan pemain industri aeroangkasa sudah diadakan dan mereka menunjukkan minat untuk melabur,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya