Sidang DUN: Pulau Pinang tergolong negeri yang menua - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Pulau Pinang tergolong negeri yang menua

LIM Siew Khim pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Pulau Pinang dijangka menjadi salah satu negeri dengan populasi warga emas terbanyak di negara ini menjelang 2040.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim berkata, menurut data Jabatan Perangkaan, Pulau Pinang tergolong dalam kategori negeri yang menua.

Ini kerana, jelas beliau, peratusan penduduknya yang berusia 65 tahun dan ke atas mencapai 7.7 peratus yang mana tujuh peratus merupakan penanda aras sebagai negeri menua. 

“Kenaikan jumlah warga emas terutamanya di Pulau Pinang akan membawa kesan yang signifikan terhadap pembangunan sosioekonomi dan kedudukan fiskal negeri, sekiranya perhatian serius tidak diberikan terhadap isu ini,” katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Siew Khim (DAP-Sungai Pinang) berkata, golongan warga emas berhak menikmati hak sama rata tanpa mengira latar belakang.

Katanya, ia dapat dilaksanakan melalui sokongan yang berterusan dari aspek penjagaan kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi untuk menghadapi hari tua dengan penuh martabat.

“Sebagai usaha untuk menghadapi cabaran negeri menua,kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif tahun lalu bagi mengiktiraf dan memperkasakan warga emas sebagai aset pembangunan negeri. 

“Pelan ini memberi fokus kepada pelaksanaan program, mempertingkatkan jaringan kerjasama dengan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penggubalan dasar yang mampan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial, fizikal dan psikologi warga emas,” katanya.

Tambah beliau, pelan Hala Tuju Penuaan Aktif itu terbahagi kepada tiga fasaiaitu Fasa Kesedaran; Fasa Integrasi dan Fasa Kemampanan.

“Di bawah pelan ini, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) akanbekerjasama dengan Malaysia Healthy Ageing Society (MHAS) dalam merealisasikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Mesra Usia menjelang fasa terakhir pelan ini pada tahun 2025,” katanya.

Dalam pada itu, katanya,  kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif Bandar Mesra Usia yang dijalankan secara berperingkat untuk mewujudkan

sebuah persekitaran yang mesra bagi semua lapisan masyarakat terutama warga emas. 

”Pada masa depan, kita semua akan berasa bangga melihat Pulau Pinang bukan hanya sebuah negeri yang mesra usia, tetapi juga sebuah negeri yang memelihara kepentingan semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas, orang muda, dewasa, orang kurang upaya (OKU), wanita dan lelaki,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya