Penjawat awam P. Pinang dapat bonus setengah bulan gaji, minimum RM1,000

Penjawat awam P. Pinang dapat bonus setengah bulan gaji, minimum RM1,000

CHOW Kon Yeow pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN:  Seramai 3,867 penjawat awam di negeri ini boleh menarik nafas lega apabila bakal menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 bulan depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited dalam memastikan dasar-dasar kerajaan megeri dilaksanakan secara berkesan. 

“Sebagai apresiasi dan penghargaan kepada penjawat awam negeri, saya meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji, minimum RM1,000.

”Bayaran BKK ini melibatkan 3,867 penjawat awam negeri ini dengan implikasi kewangan berjumlah RM6,045,815.65,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Selain itu, Kon Yeow berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian sebanyak RM300 seorang juga akan disalurkan kepada penyelia dan guru KAFA; Sekolah Rendah Agama Rakyat; Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta kakitangan Sekolah Persendirian Cina.

“Pemberian sebanyak RM300 ini juga turut dipanjangkan kepada guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam (Tadis) Pulau Pinang yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM1,005,600,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya