Sidang DUN: Peminjam degil, Hijrah Selangor berdepan kerugian RM135 juta - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Peminjam degil, Hijrah Selangor berdepan kerugian RM135 juta

Hijrah Selangor
MOHD. Najwan Halimi menjawab pertanyaan daripada Dr. Ahmad Yunus Hairi berkenaan pinjaman program Hijrah Selangor dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Yayasan Hijrah Selangor berisiko kerugian sehingga RM135 juta apabila berdepan dengan masalah tunggakan pinjaman daripada 15,000 peminjam menerusi program Hijrah Selangor.

Exco Beliau, Sukan dan Keusahawanan, Mohd. Najwan Halimi berkata, statistik menunjukkan jumlah peminjam bagi program tersebut adalah seramai 58,885 orang dengan 87,089 pembiayaan dikeluarkan atau bernilai keseluruhan RM780juta. 

“Setakat ini, 78 peratus telah membayar balik pinjaman dan bakinya 22 peratus peminjam masih berdegil. 

“Daerah paling tinggi di kalangan peserta yang tertunggak pembayaran adalah Petaling iaitu RM37.8 juta diikuti Hulu Langat (RM25.7  juta), Gombak (RM18.2 juta) dan Klang (RM12.7 juta) sehingga 30 September lalu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN) dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023 itu meminta kerajaan negeri menjelaskan status terkini program Hijrah Selangor dan jumlah terkini peminjam serta hutang tertunggak mengikut daerah. 

Najwan yang merupakan ADUN Kota Anggerik memberitahu, kerajaan negeri mempunyai perancangan dalam mengkaji semula beberapa sudut bayaran dan mengenai pasti kelompongan dari segi kutipan.

“Cadangan Sijangkang ( kaedah bayaran pinjaman secara berkelompok ) dan mengemukakan kepada Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya