Sidang DUN P. Pinang: Sektor perumahan, hartanah dalam fasa pemulihan - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang: Sektor perumahan, hartanah dalam fasa pemulihan

S. SUNDARAJOO pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sektor perumahan dan hartanah di Pulau Pinang sedang berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19 dan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, ia berdasarkan laporan terkini Knight Frank Asia-Pasifik menerusi Indeks Kajian Kediaman Asia Pasifik Separuh Pertama 2023 yang mana harga kediaman di Pulau Pinang meningkat 5.78 peratus separuh pertama tahun ini.

Katanya, ia sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar kedua berprestasi terbaik di Asia Tenggara.

”Singapura memaparkan kenaikan ketara pada kos kediaman sebanyak 7.97 peratus disusuli dengan Bangkok, Thailand dengan kenaikan kos 4.36 peratus.

“Data ini memberi gambaran sektor perumahan dan hartanah di Pulau Pinang sedang berada dalam fasa pemulihan yang positif,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Sundarajoo (DAP-Perai) menjawab soalan Muhamad Fauzi Yusoff (Pas-Sungai Dua) mengenai bagaimana kerajaan negeri mahu membantu rakyat Pulau Pinang memiliki rumah sendiri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain itu purata had pendapatan isi rumah juga didapati meningkat dan membolehkan rakyat Pulau Pinang memiliki rumah walaupun berada di atas harga median hartanah.

”Peningkatan harga rumah di Pulau Pinang adalah selaras dengan peningkatan pendapatan isi rumah.

“Ia dapat diterjemahkan daripada data yang dilaporkan dalam Laporan Pasaran Hartanah di Negeri Pulau Pinang untuk Sukuan Kedua (Q2) Tahun 2023 yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (National Property Information Center – NAPIC).

”Ia menunjukan hanya 502 unit dari 2,901 unit bersamaan dengan 17.30 peratus tidak terjual di Pulau Pinang berharga RM300,000 dan ke bawah,” katanya.

Tambahnya, unit-unit tidak terjual sebanyak 502 unit itu majoritinya adalah disebabkan oleh pinjaman yang tidak diluluskan oleh institusi kewangan.

Dalam pada itu, katanya, Dasar Rangsangan Sektor Hartanah dan Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownwership Campaign, HOC) bermula dari Jun tahun 2021 yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi memberi lonjakan kepada industri hartanah di Pulau Pinang dilihat memberi kesan dan membuahkan hasil.

”Melalui dasar ini harga rumah maksima telah dikurangkan sebanyak 10 peratus di mana harga maksima Rumah Mampu Milik (RMM) di bahagian Pulau telah dikurangkan kepada RM270,000 dan di bahagian Seberang Perai dikurangkan kepada RM225,000.

“Melalui dasar ini juga rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat dan berjaya memiliki rumah kediaman sendiri,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya