Sidang DUN P. Pinang panas isu tuduhan terhadap Guan Eng  - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang panas isu tuduhan terhadap Guan Eng 

LIM Guan Eng dan Muhamad Fauzi Yusoff pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini sedikit ‘panas’ apabila berlaku pertelingkahan antara Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) dan Ketua Pembangkang, Muhamad Fauzi Yussoff.

Ia susulan isu melibatkan Ahli Parlimen Pas Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhamad yang dilaporkan mengaitkan Guan Eng dengan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Susulan itu, Yang Dipertua DUN, Datuk Law Choo Kiang membuat teguran kepada semua pihak yang mana perkara yang dibangkitkan di Parlimen sepatutnya diselesaikan di peringkat Parlimen, namun memberi peluang kepada Guan Eng meneruskan perbahasannya sehingga tamat.

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, dakwaan yang mengaitkan beliau dengan Chin Peng adalah berita palsu dan beliau akan bertindak balas terhadap sesiapa yang mencuba melakukan perkara sedemikian.

Bagaimanapun, Muhamad Fauzi (Pas-Sungai Dua) mencelah dengan menunjukkan sebuah buku yang mengaitkan Guan Eng dengan Chin Peng dan mendakwa buku terbabit dikatakan menjadi rujukan banyak pihak.

”Buku ini yang sebabkan berita palsu (berkaitan Guan Eng), adakah semua pihak setuju buku ini sepatutnya dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya ketika sesi perbahasan sidang DUNPulau Pinang di sini hari ini.

Bagaimanapun kenyataan Muhamad Fauzi itu disanggah Guan Eng yang mana menegaskan, beliau sendiri bertanyakan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan buku itu dan dimaklumkan tidak mengetahui langsung tentang kewujudan buku tersebut.

”Saya ada bincang dengan Tok Mat (Mohamad), saya tanya Tok Mat dan beliau tidak tahu langsung tentang buku ini.

”(Tetapi) Ketua Pembangkang dan (Ahli Parlimen) Kepala Batas berdegil mahu gunakan tohmahan ini, adakah Pas parti yang menggunakan fitnah?

“Kena cakap berdasarkan fakta, ini fakta yang tidak benar dan buat serangan peribadi kepada saya dan keluarga saya,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura kerana mendakwa beliau memiliki hubungan keluarga dengan pemimpin komunis Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dan Perdana Menteri Pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Malah, Guan Eng juga menggesa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasionao (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian secara terbuka terhadap dakwaan yang dibuat Siti Mastura terbabit. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya