Sidang DUN P. Pinang: Lihat isu Palestin dari segi sejarah, kemanusiaan - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang: Lihat isu Palestin dari segi sejarah, kemanusiaan

TEH Lai Heng pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama perlu melihat isu berkaitan konflik di Semenanjung Gaza membabitkan rakyat Palestin dari segi kaedah sejarah dan kemanusiaan.

Teh Lai Heng (DAP-Komtar) berkata, seperti yang semua sedia tahu, dunia ketika ini dikejutkan dengan berita dan perkembangan tragik di Semenanjung Gaza.

Katanya, konflik dan peperangan yang masih berterusan mengakibatkan kehidupan rakyat Palestin menjadi susah khususnya golongan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terbunuh serta ramai yang kehilangan nyawa serta kediaman.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk melihat konflik ini dari segi kaedah sejarah dan kemanusiaan.

“Jangan jadikan isu ini (Palestin) sebagai isu yang membezakan sikap kita terhadap apa itu kemerdekaan.

“Saya doakan agar semoga konflik dan serangan tersebut akan segera berakhir, sama-sama kita doakan kesejahteraan dan keselamatan buat rakyat Palestin yang sedang berjuang,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah kematian yang meningkat setiap hari di Gaza menyebabkan ruang tanah perkuburan semakin terhad dan jenazah terpaksa dikebumikan dalam keadaan menyayat hati.

”Saya sangat memahami bahawa isu terkait Palestin sangat dekat di hati umat Islam dan saya berharap kita semua tidak melihat situasi getir menimpa rakyat negara itu sebagai isu agama semata-mata sebaliknya ia lebih daripada itu,” katanya.

Tambahnya, semua pihak harus mengimbau dan mengamati semula proses mengecapi kemerdekaan negara termasuk kesusahan rakyat ketika zaman penjajahan Inggeris dahulu.

”Pada 30 Oktober lalu, Kementerian Pendidikan Palestin mengumumkan sesi akademik 2023/2024 secara rasminya telah berakhir akibat para pelajar sekolah telah terbunuh.

”Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap berita duka ini dan berharap mereka masih lagi ada menerima pendidikan yang lengkap dan berilmu untuk masa depan tetapi apakan daya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya