Sidang DUN P. Pinang: 41 rangka manusia Guar Kepah dalam proses dibawa pulang dari Belanda - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang: 41 rangka manusia Guar Kepah dalam proses dibawa pulang dari Belanda

CHOW Kon Yeow pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri dalam proses untuk membawa pulang pecahan 41 rangka manusia Guar Kepah iaitu aset warisan prasejarah zaman Neolitik yangkini tersimpan di Collection Center Netherlands (CCNL), Belanda.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, lawatan ke CCNL telah diadakan 22 sehingga 24 Mac lalu dan menerusi lawatan itu, kerajaan Belanda telah

menyerahkan surat persetujuan berkenaan kepentingan peninggalan Guar Kepah tersebut untuk dipulangkan kepada Malaysia.

Katanya, kerajaan Belanda juga telah menyatakan kesediaan bagi memenuhi permohonan tersebut kepada Duta Besar Malaysia di Belanda.

“Sebahagian rangka tersebut telah berada di luar negara sejak 150 tahun dahulu.

“Kerajaan negeri dalam proses membawa pulang pecahan 41 rangka manusia Guar Kepah iaitu aset warisan prasejarah zaman Neolitik yang kini tersimpan di CCNL dan ia bagi menentukan keberadaan serta menjalankan kerja-kerja analisis ke atas rangka tersebut,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow (DAP-Padang Kota), kerajaan Belanda akan turut membiayai analisis pentarikhan untuk 41 rangka tersebut di Centre of Isotopic Research (CIO), Universiti Groningen dengan anggaran penjimatan kerajaan negeri serta kerajaan Persekutuan sebanyak USD246,000 (RM1.17 juta). 

”Data saintifik yang diperoleh ini akan menjadi data penting bagi rangka tersebut untuk dipamerkan di galeri kelak,” katanya.

Tambahnya, kerajaan Belanda menunjukkan kerjasama yang baik berasaskan komitmen untuk terus menyimpan serta memelihara aset warisan kerajaan negeri dan Malaysia secara tidak langsung sehingga ia dipulangkan pada suku pertama tahun depan ke negara ini.

”Hubungan ini sekali gus menjadi faktor utama kepada pelaburan masa depan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan pelancongan,” katanya. — UTUSAN

 

CHOW Kon Yeow pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya